Page 162 - Laporan Tahunan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan 2011

Basic HTML Version

Wabak
Brucellosis
di
Malaysia...
Wabak brucellosis yang berlaku
di Pulau Pinang pada awal tahun 2011 melibatkan
pengambilan susu kambing segar yang tidak dipastur
dan tercemar. Wabak tersebut
merupakan episod kedua berlaku
di Pulau Pinang susulan dari
satu kes yang dikesan pada taun
2010. Sebanyak 33 kes telah
disahkan akibat dari mengambil susu kambing segar
dari sebuah ladang yang dikenalpasti di Air Itam Pulau
Pinang. Susulan dari insiden ini, tindakan perundangan
akan diambil ke atas penjualan
susu yang tidak dipastur seperti
yang tertakluk di bawah Peraturan
Kebersihan
Makanan
2009.
159
Brucella
adalah sejenis bakteria yang boleh menyebabkan penyakit brucellosis. Brucellosis
merupakan penyakit zoonotik yang boleh disebarkan melalui sentuhan langsung atau tidak langsung
dengan haiwan yang dijangkiti atau melalui produk tenusu dari haiwan yang dijangkiti. Terdapat
beberapa spesies Brucella seperti Brucella melitensis (menjangkiti terutamanya kambing dan biri-biri),
Brucella abortus (menjangkiti terutamanya lembu) dan Brucella suis (menjangkiti
terutamanya khinzir). Secara amnya, spesies Brucella melitensis dan Brucella
suis sering dikaitkan dengan wabak brucellosis pada manusia jika dibandingkan
dengan spesies Brucella abortus. Pengambilan susu segar atau produk tenusu
dari sumber yang tidak dipastur dikatakan merupakan punca utama jangkitan
penyakit ini di kalangan penduduk di Malaysia. Walaupun ia memberi impak
penting kepada masalah kesihatan awam namun kesedaran akan bahayanya
penyakit ini masih kurang di kalangan penduduk Malaysia.
Pembangunan Kaedah
Analisis Brucellosis
MKAK telah membangunkan kaedah
analisis pengesanan Brucella dalam susu
segar susulan dari wabak brucellosis
yang berlaku di Pulau Pinang melibatkan
pengambilam susu kambing segar yang
tidak dipastur. MKAK telah menerima
sebanyak 15 sampel susu kambing segar
pada tahun 2011 dari negeri Pulau Pinang,
Kedah dan Perak. Pensampelanmelibatkan
tempat penjualan (point of sales) susu
kambing segar bagi mengetahui tahap
keselamatan produk tersebut.
Teknik PCR
DNA extraction
DNA Amplif ication
Electrophoresis
Gel Image Analysis
Result
TEKNIK KULTUR
25g sample + Brucella Broth
Incubate 37 oC, 48hr
Plate on Brucella Agar with 5%
Incubate 37 oC, 48hr
Examine plate & record result
Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan
Laporan Tahunan 2011
ARTIKEL BRUCELLA
BRUCELLA SPP. DI DALAM SUSU KAMBING
Mardiyah Z., Laina M., Naziehah MD., Tosiah A.